Tips Jimat Berbelanja


Semua benda dah naik harga.. ramai yang cari cara alternatif untuk kurangkan perbelanjaan bulanan. Betul tak??? ni kakreen nak share salah satunya uolss boleh shopping barangan preloved. 

#JalanJalanJapan ni kedai preloved yang baru je bukak di One city Mall.. Diorang start operasi november 2016. kakreen first jumpa kedai ni masa pergi Jepun 2013.. tapi di sana kedai ni namanya Book-Off. Orang jepun ni mostly rumah diorg sempit so takde ruang nak simpan barang banyak. so memang banyak laa kedai barang second hand kat sana

Nak tau tak apa yang best sangat dan kenapa kakreen suka sangat dengan kedai preloved #jalanjalanjapan ni??? 

Sebabnyaaaa... FIRST boleh dikatakan semua benda ada kat sini tau.. Dari kasut, seluar, baju baby, budak, mak budak dan bapak budak banyak sangat pilihan..kerperluan baby macam stroller, car seat, katil, tempat mandi, baby carrier pon ada.. itu belum lagi alat music macam jenis, barang rumah macam pinggan mangkuk, cawan gelas, hiasan rumah semua pelbagai bentuk dan design, mainan anak2 lagi laa rambang mata kat situ, sampai mak pak yang seronok memborong.

SECOND barang2 ini semuanya diimport dari Jepun dannnn walaupun namanya preloved kalau rajin selongkar dan bernasib baik.. banyak sangat barang BARU yang belum digunakan boleh jumapa kat sini dengan harga yang jauh lebih murah. Yang pasti BERBALOI-BALOI sangat shopping kat sini..









Comments

Popular Posts