Hotel Arissa, Melaka

Assalammualaikum wbt & Hye..🙋🏻

Today kakreen nak review on Hotel Arissa yang kakreen stay hari tu. Since masa weekend yang kakreen plan nak pergi tu cuti sekolah dah start. Sengaja kakreen cari hotel yang jauh sikit dari area town yang hot n spicy tu.. Kalau area Dataran Pahlawan, Kota Merah, Mahkota Parade, Jonker Walk, Hard Rock Cafe, Taming Sari tu confirm jam sangat mengikut pengalaman yang lepas2.

Location
Hotel Arissa ni kakreen jumpa pon secara kebetulan masa duk kalut last minit cari hotel seminggu sebelum nak pergi. Tengah browse Booking.com tu cari yang luar kawasan hot spot tapi still tak berapa jauh nak ke mana2.. jumpa laa Hotel Arissa ni.

Kalau tengok map ni Hotel Arissa ni berdekatan juga dengan tempat2 menarik di Melaka.

DAri Hotel Arissa nak berjalan je ke Jonker Walk dalam 15-20 mins je

Tak jauh dari Hotel Arissa, Kuih Keria Antarabangsa yang famous tu.

Nak ke Muzium Kapal Selam dan Pantai Klebang pon dekat..
Lobi Hotel Arissa
Masa kakreen check in tu Hotel Arissa ni baru je 2 bulan lebih je beroperasi ikut cakap staff kat situ.. Yang buat kakreen jatuh chenta nak duduk situ sebab utama LOBI dia.. 
Suka sangat dengan design lobi Hotel Arissa ni yang modern tapi masih ada ciri2 klasik.

BabyZAR depan kaunter Hotel Arissa
theZARfamily di area lobi

Mummy & BabyZAR di lobi
Di lobi disediakan air dan biscuits untuk tetamu. BabyZAR suka sangat lalu lobi ambil biskut butang tu..

Menariks sangat kan area lobi Hotel Arissa ni. Siapa yang minat selfie, wefie, groupfie sure akan banyak habiskan masa kat lobi ni.. macam2 gaya korang boleh posing.

Setakat yang kakreen pergi hari tu Hotel Arissa belum ada sediakan service sarapan pagi.. Tapi mungkin akan datang ada rasanya. 

Ada ruang kosong ni, lupa nak tanya untuk apa.. Kakreen rasa ni bakal cafe Hotel Arissa.
 Bilik Hotel
 Ok kita cerita bilik pulak. Bagi kakreen, harga bilik dia amatlah berbaloi baloi.. kakreen dapat harga rm140/malam untuk twin room. Sebabkan check in weekend dan cuti sekolah, kakreen rasa harga tu sangat ok.

 Disebabkan masa check in tu bilik yang ada katil queen tak available, so staff Hotel Arissa ni offer untuk gabungkan 2 katil single untuk kami. Lagi besttt sebab dah jadi lebar macam katil king size dia.. 😬

Katil yang bersih dan selesa


Set Coffee & Tea, Air mineral dan hair dryer


Meja Tulis, TV, Peti Besi


Sabun Mandi, Shampoo, Berus gigi disediakan


Rain Shower. Siap boleh nampak luar plak tu.


Boleh fefeling artis dengan cermin ada lampu tu.


View bilik tingkat 6 menghadap Dataran Hang Tuah.


Shuttle Service
Yang bestnya.. pihak Hotel Arissa ada sediakan Shuttle service ke Jonker Walk tau. So tak payah laa nak meredah jam dan pening kepala cari parking kalau nak ke Jonker Walk. Boleh booking time nak pergi ke Jonker Walk dan balik semula ke Hote Arissa ikut jadual mereka laa. 

Staff Hotel Arissa
Setakat 3 Hari 2 malam kami stay di Hotel Arissa, staff yang kami sempat jumpa semuanya baik2 belaka. Layan je segala request kami selagi boleh. Kakreen mintak nak tukar iron pon diorang layankan je. 

So kakreen highly recommend untuk korang cuba stay di Hotel Arissa ni. Insyallah tak menyesal laa.. 


Contact Details:
Address: No.2, Jalan Pelanduk Putih, 75300 Melaka, Malaysia
Email: reservation@hotelarissa.com.my
Tel: +606 288 0303
Fax: +606 288 0305



Comments

Popular Posts