Cameron Highlands - Sebelum Pergi


šŸ‘‰šŸ¼image credit to en Google

Asslaammualaikum wbt.. Walaupun dah nak setahun berlalu.. Kakreen nak share pengalaman bercuti ke Cameron Highland ni.. Mana laa tau kan.. Boleh dibuat panduan pada readers yang lain.. šŸ˜‰
MACAM MANA NAK KE SANA? 
Dari KL ada few ways nak naik Cameron Highland ni..
  • Bas - Boleh ambil bas dari Pudu Sentral (used to be PUDURAYA). Ada few bus company yang beroperasi dari sini macam UNITITI EXPRESS, SWARNA BUMI, BILLION STARS. Boleh pilih nak depart seawal 8.30am setiap hari. Paling lewat yang ada reen jumpa pukul 4.00pm. Tambang rm35 seorang akan terus sampai ke terminal di Tanah Rata, Cameron Highland
  • Teksi - Satu lagi cara untuk ke Cameron Highland adalah dengan menaiki Teksi. Selalunya boleh ambil dari Pudu Sentral. Tambang dalam rm350 sehala gitu. Tak berapa konpem plak kalau dah naik harga. Kalau share2 4 orang gitu ok la kot kan.
  • Kereta (Drive sendiri) - Ini yang paling afdal gitu. Kenapa? Sebab... Tempat menariks di Cameron Highland ni agak berjauhan antara satu sama lain. So kalau ada awak drive sendiri lebih mudah untuk ikut masa n mood awak masa tu. Dari KL boleh drive ke highway arah Utara. Reen selalunya akan guna exit Simpang Pulai dan naik ke Cameron Highland guna jalan yang ni. Even jauh sikit, tapi jalan lebih landai n tak pusing2 sangat. Iollss ni cepat mabuk jalan pusing2 ni so kalau ikut tapah sampai atas konpem muntah. šŸ˜ Kalau drive rilex2 akan ambil masa 4 jam gitu. Paling reen suka n enjoy tengok view sepanjang perjalanan. Kat KL asyik nampak bangunan n kereta bersesak je. So sekali sekala tengok hijau kiri kanan rasa nyaman je.
SEJUK SANGAT KE SITU?
Sejak dulu Cameron Highland ni memang glamer untuk  cuaca yang sejuk. So kalau nak feeling macam kat obersi tu boleh laa sikit2. Hehehe.. Tapi itu dulu laa... Sejak dah banyak sangat pembangunan kat Cameron Highland ni jadi tak berapa sejuk dah... Just kalau macam musim hujan tu baru boleh nak rasa betul2 sejuk. If not pakai sweater siang hari boleh berpeluh laa ketiak.
BILA PATUT KE SANA?
Reen suka suggest pergi time weekdays dan juga BUKAN cuti sekolah. Insyaallah akan dapat nak explore Cameron Highland dengan tenangnya. Bukan tak boleh nak pergi time cuti sekolah or public holiday, just kadar sesak kat atas tu amatlah tinggi. Harga hotel n barang2 pon melambung tinggi sangat.
Ok rasa sampai sini dulu tips before nak ke Cameron Highland.


Jemput Baca: Cameron Hingland - Tempat Wajib Pergi



Comments

  1. Casino - Kansas Speedway - Hotels - JTH Hub
    JTH is the only hotel and casino ģ˜ģ²œ ģ¶œģž„ģƒµ in ģ„œģ‚° ģ¶œģž„ģ•ˆė§ˆ Kansas Speedway, North Kansas ģ—¬ģˆ˜ ģ¶œģž„ģƒµ City, MO with more than 2,000 rooms, an exciting ģ–‘ģ‚° ģ¶œģž„ģƒµ gaming experience, and ķ•˜ė‚Ø ģ¶œģž„ģƒµ an easy

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts