Cameron Highland - Tempat Wajib Pergi

1. BOH Tea Plantation
Siapa peminat setia filem Ombak Rindu confirm tahu n akan berangan2 nak ke sini. Jalan nak naik ke atas ni pusing2 n sempit.
So Reen suggest awak naik awal tau. Kalau dah ke tengah hari macam tu kadang2 siap boleh stuck jalan. Sebab jalannya sesuai untuk 1 kereta je sebenarnya.
View ladang teh kat sini memang A laa. Rasa tenang je tengok sekeliling hijau2 gitu.. Then ada satu spot on the way naik or turun tu boleh stop tau.. Kat situ siap ada anak sungai.. Cantik sangat nak ambil gambar kat situ.. Kalau dapat time langit cerah tengah biru n awan kepul2 lagi cantik gambar.

2. Strawberry Farm
Sekarang ni dah ada banyak sangat Strawberry Farm kat CH ni.. So boleh je nak melawat yang mana2..
#BabyZAR paling happy.. mummy sibuk petik dia bz makan..


Untuk yang nak pengalaman petik strawberry pon boleh tau. Kebanyakannya akan charge harga mengikut KG ye.. Range sekilo rm25 – rm45.. Boleh laa posing2 gaya pekebun modern kat situ..

3. Kea Farm, Brinchang

CH sememangnya terkenal dengan hasil tanamannya yang segar bugar.. So inilah tempat paling sesuai buat awak yang nak shopping sayur2 fresh dari ladang.. Harga semuanya sangat berpatutan n lebih murah daripada beli di kl.

4. Time Tunnel Museum

Time Tunnel ni sebuah muzium tau.. Takde laa besar mana tapi menarik sangat. Penuh dengan barang2 antik yang penuh dengan nostalgia mengusik jiwa. Awak boleh posing2 ambil gambar ala2 berada di zaman dolu2.

5. Cactus Point
Peminat2 cactus bolehlah ke sini. Macam2 jenis cactus dari yang kecil sampailah yang tinggi lampai. Boleh pilih ikut suka hati. Harga semuanya bergantung pada saiz dan jenis ya.
Cactus ni antara tanaman yang senang nak jaga. Siram air pon jarang2… so awak yang suka nak hias rumah atau meja opis tu tp takde banyak masa sesuai sangat laa beli cactus. Reen tiap kali pergi konpem memborong

6. Bee Farm

Salah satu Bee Farm yang popular di CH ialah Ee Feng Gu Bee Farm. Kalau dari Tanah Rata kena terus lagi lepas daripada Kea Farm. Bee farm ni sebelah kanan jalan n berhampiran simpang naik BOH Tea Plantation sebelah kiri. Jangan risau senang je nak cari, insyaallah tak terlepas punya..
Kat sini boleh laa nak tengok cara mereka ternak lebah utk menghasilkan madu yang berkualiti. Dalam area ni juga ada tempat makan dan play area kanak2.
Sebelum gerak jangan lupa beli sebalang dua madu asli tau. Yang paling kita suka yg ada honeycomb dia sekali. Sedap sangat dapat kunyah2 sambil hisap madu. Yummy sangattt..

7. Lavendar Farm
Ini antara tarikan baru di CH. Baru je buka tahun 2013. So siapa minat sangat dengan lavendar macam kita wajib singgah sini tau. Lavendar farm ni kena turun lagi ke arah simpang pulai boleh nampak sebelah kiri.
Surroundings dia cantik sangat. Ada juga produk2 yang diperbuat drpd lavendar dijual di sini. Contohnya sabun, minyak wangi, pewangi kereta, cream muka n banyak lagi semuanya berasakan lavendar tau.
Then yang kita suka kat sini boleh petik bunga daisy sendiri… Sekuntum rm2, 6 kuntum rm10.. Suka sangat..
Ok ini antara beberapa tempat yang kita wajibkan pergi kalau ke Cameron Highland.

Jemput Baca: Cameron Highland - Sebelum Pergi


Popular Posts